Info

Assalam,
Kepada masyarakat daerah Hulu Selangor,

Sebuah Pusat Komuniti (Pusat Latihan Kemasyarakatan) yang terletak di Taman Bunga Raya dialamat seperti berikut telah ditubuhkan:-

Pusat Komuniti Taman Bunga Raya,
(sebelah Juara Tom Yam)
Blok F-G-1, Apartmen Kenanga,
Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor
(No. tel: 012-3929040)

Pusat Komuniti ini mendapat sokongan dari Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya,Persatuan Peniaga Pasar Malam dan Peniaga Kecil Hulu Selangor,Medan Prestasi Sdn Bhd.(anak syarikat MK Land),Pertubuhan Seni Silat Kuntau Selempang Merah Hulu Selangor,Amanah Ikhtiar Malaysia, dan Kumpulan individu rakyat negeri Selangor yang prihatin terhadap pembangunan masyarakat.

Pusat Komuniti ini baru berpindah  dari Aprt. Buginvilla bermula dari awal tahun 2011.Dari Januari 2011 sehingga hari ini PKTBR telah mengadakan latihan dan pelbagai kursus untuk masyarakat setempat seperti:

  1. Masakan (kusus kek aisin/kuih bahulu)
  2. Jahitan (jahitan langsir/sarung bantal)
  3. kraf tangan (dari surat khabar)
  4. Menghantar 4 peserta mengikuti kursus aksesori wanita di Shah Alam.
  5. Menghantar 2 peserta mengikuti kursus sulaman manik di Shah Alam


Kursus yang akan diadakan sedikit masa lagi ialah:

  1. Pastry (membuat roti dan kuih raya)
  2. Jahitan baju lelaki dan wanita
  3. Kursus  lanjutan jahitan langsir
  4. Kursus lanjutan jahitan sarung bantal 

Aktiviti masa yang terdekat:

Nama projek : Projek membuat sarung bantal
Tarikh            : 4hb. Mac 2011 (Sabtu)
Masa              : 3.00pm
Tempat           ;Pusat Komuniti Taman Bunga Raya
Agenda           : Mesyuarat pelaksana projek
(tempat terhad -sila sms nama terlebih dahulu untuk kehadiran)

Sekian,
Terima Kasih